Wednesday, October 19, 2011

GOMO KELATE GOMO


By Kelantan Fan Club

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan memulakan projek pembinaan stadium baru di Bukit Merbau, Pasir Puteh pada awal Mac tahun depan dengan konsep unik stadium bersama masjid.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, jawatankuasa induk dalam projek pembinaan kompleks sukan dan stadium itu akan melantik pemaju terpilih pada akhir Disember ini.

”Pada awal Mac tahun depan, kerja-kerja awal akan dimulakan di tanah milik kerajaan negeri bagi mengelakkan kos pengambilalihan tanah. Sebahagian projek itu untuk kompleks sukan manakala sebahagian lagi untuk tujuan komersial bagi menampung kos pembinaan stadium baru ini.

”Kerajaan Negeri berhasrat menggunakan 49.2 hektar tanah di Bukit Merbau yang reka bentuknya hasil ilham Menteri Besar sendiri,” katanya ketika menjawab soalan Ahmad Baihaqi Atiqulah (Pas-Pasir Tumboh) yang mengemukakan soalan tarikh fasa pertama stadium baru dimulakan.

Husam berkata, konsep stadium bersama dengan masjid itu menjadi pilihan bagi penyatuan sukan dan agama supaya seiring.

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengumumkan pembinaan stadium tersebut berkata, cadangan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

No comments:

Post a Comment